Surprise Me!

Kes Ebit Lew | Pendakwaan bantah sekat media lapor perkataan sensitif

2022-12-21 0 Dailymotion

Pihak pendakwaan dalam kes pendakwah terkenal, Ebit Lew membantah permohonan daripada peguam bela untuk media melaporkan perkataan sensitif yang diberitahu dalam mahkamah sepanjang prosiding kes itu berlangsung.

Dalam hujahan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria, pihak pendakwaan berpandangan sama dengan mahkamah bahawa kes itu dibicarakan dalam mahkamah awam dan media mempunyai hak untuk melaporkannya.